19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia mengakhiri tahun 2025 dengan kedudukan yang lebih baik, mencatatkan pertumbuhan pinjaman yang kukuh, kualiti aset yang stabil dan keuntungan yang mampan walaupun tahun ini diselubungi ketegangan perdagangan global manakala prospek untuk tahun depan kekal stabil dalam portfolio yang pelbagai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM534.58 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 daripada RM500.57 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah US$3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- AmBank Group akan menyediakan pembiayaan RM780 juta kepada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPD), anak syarikat Eastern & Oriental Bhd (E&O), untuk projek Pulau Andaman.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh sederhana kira-kira empat peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2025, dengan disokong oleh aktiviti ekonomi yang dilaksanakan lebih awal, sekali gus memberi manfaat kepada sektor luar.
6bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Berpengalaman selama lebih 60 tahun dalam industri perbankan, Tan Sri Azman Hashim bukan sahaja merupakan ikon kewangan Malaysia, malah seorang ahli perniagaan yang luar biasa.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025), berbanding RM1.87 bilion pada tahun sebelumnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AmBank Group telah memberikan kemudahan pembiayaan RM307 juta kepada anak syarikat Chin Hin Group Bhd, Aricia Sdn Bhd dan Makna Setia Sdn Bhd, untuk menyokong beberapa pembangunan hartanah serta infrastruktur di Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pelbagai bank dan syarikat insurans tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat daripada insiden kebakaran di Putra Heights, Selangor, pada Selasa, menerusi pelbagai pelan bantuan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) dijangka mengekalkan pertumbuhan pendapatan kukuh suku ke suku, didorong oleh pengembangan pinjaman berdaya tahan dan perbelanjaan operasi lebih rendah berikutan ketiadaan peruntukan bonus, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM486.49 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis 2024, susut daripada RM543.41 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.