Terdapat 925 berita berdasarkan kata kunci carian "afa"

Program Agrobank-MAINJ Pertingkat Kecekapan Usahawan Kecil

Oleh Nur Faradilla Mohamad

MERSING, 28 Mac (Bernama) -- Daripada hampir dua jam di dapur untuk menyiapkan produk jualan, seorang usahawan kecil di sini kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menjimatkan proses memasak dengan peralatan baharu yang lebih efisien.

Program Agro Komuniti Aqina Fruits-Agrobank Pacu Misi SDG Sifar Kelaparan, Perkasa B40

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Program Agro Komuniti B40 Tanaman Nanas MD2 yang dilaksanakan Aqina Fruits Sdn Bhd (AFSB) dengan kerjasama Agrobank, memacu dan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2: Sifar Kelaparan melalui pemerkasaan golongan berpendapatan rendah dalam sektor pertanian.

MATTA Fair 2026: Penyertaan Semula Macau Sebagai Destinasi Antarabangsa Pilihan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2026 kembali dengan tawaran pelancongan, pengalaman budaya serta kerjasama antarabangsa yang lebih menarik, dengan tumpuan kepada Macau sebagai destinasi antarabangsa pilihan.

Wah Seng Distribution Centre Gudang Pertama Raih Penarafan GreenRE Platinum

IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.

Ringgit Turun Berbanding Dolar AS Dan Mata Wang Utama Lain

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan ketidakpastian mengenai konflik di Asia Barat mencetuskan mod pengecualian risiko dalam pasaran kewangan.

Malaysia Melindungi Ekonomi Domestik Menerusi Subsidi Bersasar - Ahli Ekonomi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerangka subsidi bersasar dan disiplin dasar Malaysia terbukti berkesan melindungi ekonomi negara daripada kesan kejutan harga tenaga akibat konflik di Asia Barat.

Prospek Sektor Penjagaan Kesihatan Kekal Positif Walaupun Kekurangan Kakitangan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pendirian positif terhadap sektor penjagaan kesihatan di Malaysia walaupun terdapat kekurangan kakitangan perubatan.

Tiga Puluh Peratus Syarikat Tersenarai Awam Malaysia Berisiko Tinggi Digodam - Kajian

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kira-kira 30 peratus syarikat tersenarai awam Malaysia yang dinilai dalam kajian terbaharu LGMS Bhd menunjukkan “kedudukan risiko siber yang dikaitkan dengan kebarangkalian tinggi untuk digodam sekiranya menjadi sasaran khusus.”

TNB Perkukuh Strategi Berteraskan Pekerja Bagi Kekalkan Prestasi Modal Insan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) terbukti berkembang dengan beralih daripada model sumber manusia tradisional kepada pendekatan yang lebih berteraskan “People Experience” atau pengalaman pekerja.

SMRT Holdings Sasar Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama Menjelang Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- SMRT Holdings Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd menjelang suku ketiga 2026.

Antidox Series Raih Pengiktirafan Daripada ASEAN Records Dan ASIA Records

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Antidox Series, jenama penjagaan kulit antipenuaan tempatan telah diiktiraf oleh ASEAN Records dan ASIA Records, menurut syarikat berkenaan.

Tingkatkan Kesedaran Mengenai "Pengkomposan Bokashi", Misi Kompostri kurangkan Pembaziran Makanan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Beribu-ribu tan sisa makanan berakhir di tapak pelupusan sampah di Malaysia setiap hari, kebanyakannya masih boleh dimakan, masalah ini menjadi lebih ketara semasa musim perayaan seperti pada bulan Ramadan apabila sejumlah besar makanan disediakan tetapi tidak selalu dimakan (lebihan makanan/makanan tidak terjual).