9jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari ini dipacu oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, disokong sentimen yang kukuh dalam kebanyakan pasaran serantau.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif susulan peningkatan semula Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik balik ancamannya untuk menaikkan tarif ke atas beberapa ekonomi Kesatuan Eropah (EU) bagi isu membabitkan Greenland.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia melantun dan ditutup lebih tinggi pada akhir dagangan Rabu ketika pelabur menumpukan aktiviti memburu saham berharga rendah susulan aktiviti pengambilan untung semalam yang seiring kenaikan kebanyakan pasaran serantau.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan sehingga tengah hari pada Rabu, kekal melepasi paras 1,700 apabila disokong oleh minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran serantau merekodkan prestasi bercampur-campur.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari Isnin, ditekan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya susut susulan laporan mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif baharu ke atas lapan negara Eropah membabitkan isu Greenland.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini lebih rendah ketika aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan FBM KLCI mencecah paras 1,730 menjelang akhir 2026 di bawah senario realistiknya, manakala berdasarkan senario optimistik indeks utama itu dijangka meningkat kepada 1,850.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah berikutan penjualan dalam saham wajaran tinggi indeks, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan utiliti telah memberi kesan kepada pasaran.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.
10hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.