1jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah membayar sejumlah RM1.21 bilion kepada ahlinya bagi permohonan pengeluaran syer dan dividen tahunan dalam tempoh 2020 hingga 30 Nov 2025.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pembiayaan dan pelaburan mampan adalah penting untuk mempercepatkan peralihan kemampanan pelepasan Skop 3, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
5jam ago
PUTRAJAYA, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan mahukan akauntabiliti yang jelas daripada Forum Ekonomi Malaysia 2026 (FEM 2026), berperanan sebagai platform utama negara untuk membentuk kemajuan, memacu penyampaian dan menunjukkan hasil ekonomi sebenar.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan empat tindakan penguatkuasaan dengan penalti dan kompaun dikenakan ke atas dua institusi kewangan dan dua syarikat kerana gagal mematuhi keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat pelaburan VentureTech Sdn Bhd melabur dalam firma teknologi pendidikan (edtech) Tymba Education Group yang mengkhususkan dalam kelayakan perakaunan dan kewangan profesional.
1hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut dengan ditutup rendah pada Rabu, berikutan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan terkumpul 4.25 peratus sepanjang lima sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.
2hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) melihat prospek pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan pada 2026 dan menjangkakan inflasi terus kekal sederhana.
3hari ago
PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.
6hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) – Langkah berani Kerajaan MADANI memperkukuh ekonomi telah membuktikan ia sebagai satu pemulihan semula yang positif, sehingga menyaksikan ringgit menembusi paras psikologi 4.0 berbanding dolar AS dan mencapai paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun kepada 3.99 dalam dagangan intra hari.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) – Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) menerima sejumlah 3,253 aduan sejak mula beroperasi dan berjaya menyelesaikan sebanyak 2,268 pertikaian melalui kaedah mediasi dan adjudikasi.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- AmBank menjangkakan ringgit diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026, sebelum menghampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari ini dipacu oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, disokong sentimen yang kukuh dalam kebanyakan pasaran serantau.