Terdapat 316 berita berdasarkan kata kunci carian " timur tengah "

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih rendah pada minggu depan susulan penurunan harga minyak mentah di bawah AS$100 setong, kata seorang peniaga.

Malaysia Disaran Terus Proaktif Pastikan Selat Melaka Kekal Bebas Daripada Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia disaran terus proaktif bagi memastikan Selat Melaka kekal bebas daripada sebarang ketegangan geopolitik, memandangkan kepentingannya sebagai antara laluan perdagangan dan tenaga global yang kritikal.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau apabila harga minyak kekal stabil, kata peniaga.

Salihin Group Jalin Kerjasama Strategik Untuk Teroka Pasaran Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Salihin Group telah menjalin kerjasama dengan Danawa Resources Sdn Bhd, Rahman Rohaida Advocates and Solicitors dan Neurogine Sdn Bhd untuk menembusi pasaran Sarawak, pada masa sama menggunakannya sebagai batu loncatan untuk pengembangan serantau dan global yang lebih luas.

Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Serantau, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan saham-saham wajaran tinggi selain seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau.

Di Sebalik “Force Majeure” Dan Impaknya Ke Atas Ekonomi

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- “Force Majeure” dalam bahasa Perancis merujuk kepada “kuasa besar” atau dari sudut undang-undang bermakna keadaan di luar jangka yang berlaku seperti perang di Asia Barat yang jelas di luar kawalan sesuatu pihak dan membolehkan mereka dikecualikan daripada memenuhi obligasi kontrak.

Ketegangan Geopolitik Tidak Jejas Sektor Perubatan - Sunway Healthcare

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor perubatan Malaysia tidak terjejas oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, justeru prospek pelancongan perubatan kekal kukuh bagi tahun ini, menurut Sunway Healthcare Holdings Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Dengan Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh kenaikan Wall Street dan disokong oleh pembelian meluas di pasaran serantau.

Konflik Asia Barat: Tiada Pakej Rangsangan Ekonomi Buat Masa Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan Wall Street malam sebelumnya susulan kenaikan harga minyak mentah.

Mengemudi Cabaran Kalendar F1 2026 Ketika Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ketika Formula 1 (F1) membuka kalendar 2026 bermula di Melbourne, Australia dari 6 hingga 8 Mac, sukan permotoran itu kini menghadapi cabaran geopolitik yang paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

1,700 Jadi Paras Penting Bagi Hala Tuju Pergerakan Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan memandangkan kalangan pelabur memantau rapat perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga tenaga global.