BERITA TERKINI   Satu Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM akan ditubuhkan - KSU | Piala Malaysia: JDT 5-0 Melaka | 

Terdapat 110 berita berdasarkan kata kunci carian " tetamu"

Pelaksanaan E-invois Catat Lebih Satu Bilion Urus Niaga, Libatkan 200,000 Pembayar Cukai - LHDN

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih satu bilion urus niaga setakat ini, dengan penyertaan lebih 200,000 pembayar cukai di seluruh negara, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Baharu, Gabungan Inovasi Jam Tangan Dan Gaya Moden

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- ICE-WATCH Malaysia hari ini melancarkan tiga koleksi jam tangan baharu, ICE smart TKS 2.0, Chouchou dan ICE Mimi, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama tersebut di pasaran Malaysia.

Kecekapan Tadbir Urus Antara Pemacu Utama Dalam Realisasi Matlamat Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kecekapan tadbir urus, disiplin kepimpinan dan kepercayaan merupakan teras keupayaan Malaysia untuk merealisasikan matlamat ekonomi, kata Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.

Acara Eco Business Park 8 First Look Papar Peluang Baharu Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 30 Jan (Bernama) --  Eco Business Park 8 (EBP8) menganjurkan acara “Eco Business Park 8 First Look” di Galeri Jualan EcoWorld di Eco Business Park II (EBPII) yang turut memaparkan prebiu eksklusif pembangunan perindustrian terkini di lokasi strategik Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Untung Bersih KLCCP Stapled Group Naik Kepada RM1.28 Bilion Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- KLCCP Stapled Group yang terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi kepada RM1.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM1.02 bilion pada tahun sebelumnya.

Richmond Asia Group Lantik Frasers Hospitality Pengurus Hotel Richmond Mayor Di JB

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group Sdn Bhd melantik Frasers Hospitality sebagai syarikat pengurusan hotel bagi suite hotel di Richmond Mayor, sebuah pembangunan bercampur baharu dan bersepadu di Johor Bahru.

Reformasi MHIT Untuk Susun Semula Insurans Penjagaan Kesihatan, Bendung Peningkatan Premium

KUALA LUMPUR, Jan 23 (Bernama) -- Reformasi di bawah rangka kerja Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) bertujuan menyusun semula sistem insurans penjagaan kesihatan di Malaysia, dengan beralih daripada kaedah pembayaran untuk perkhidmatan kepada model berasaskan nilai bagi membendung kenaikan premium dan menambah baik akses rawatan.

AAX Tukar Jawatan Benyamin Ismail Sebagai Pengurus Besar, Lantik Tharumalingam CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Benyamin Ismail kepada pengurus besar berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.

Perjanjian Antara Aeroline-Corus KLCC Tamat Dengan Penutupan Hotel

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Selepas 23 tahun menjalinkan kerjasama, akhirnya perkongsian antara Aeroline dan Hotel Corus KLCC menuju ke tarikh penamatnya. 

JKDM Turunkan Kos Operasi Kepada RM2.13 Bagi Setiap Kutipan Hasil RM100 Pada 2025

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menurunkan kos operasi kepada RM2.13 bagi setiap kutipan hasil yang bernilai RM100 pada 2025 kata Ketua Pengarahnya Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Harga Emas Dijangka Kekal Kukuh Ketika Tekanan Geopolitik - Persatuan Emas Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga emas dijangka meneruskan aliran meningkat tahun ini berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan dan ketidaktentuan global, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah Persatuan Emas Malaysia Datuk Prof Dr Mohamad Akram Laldin.