Harga Saham Yinson Melonjak Berikutan Rundingan Ambil Alih Memasuki Peringkat Lanjutan - CIMB Securities
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Harga saham Yinson Holdings Bhd terus diniagakan tinggi sejak Jumaat lepas, mencecah RM2.39 pada 10.12 pagi selepas terdapat laporan bahawa firma pelaburan infrastruktur yang berpangkalan di New York, Stonepeak Partners berada dalam rundingan eksklusif untuk mengambil alih Yinson dalam perjanjian yang boleh menilai syarikat itu sehingga RM9 bilion.