Semakan, Perluasan SST Mencerminkan Pendekatan Pragmatik Untuk Kemampanan Fiskal - CTIM
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk memperluaskan asas cukai dengan memasukkan lebih banyak sektor ke dalam rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah selaras dengan trend global dan mencerminkan pendekatan pragmatik terhadap kemampanan fiskal, menurut Institut Cukai Bertauliah Malaysia (CTIM).