UOB Malaysia Lancar Program Pembiayaan Mampan Sehingga RM1 Bilion Untuk Sektor OGSE
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor Mampan (SVFP) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM1 bilion untuk menyokong sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia dalam usaha penyahkarbonan dan peralihan tenaga.