24minit ago
HOUSTON (Amerika Syarikat), 3 Feb (Bernama) -- Perisian terkemuka Perancis, Dassault Systemes dan Nvidia telah menjalin perkongsian strategik jangka panjang untuk membangunkan seni bina perindustrian bersama bagi kecerdasan buatan (AI) yang penting, bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan "kembar maya" (virtual twind) berasaskan sains merentasi pelbagai industri.
40minit ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu dalam persekitaran pandangan berbeza dalam kalangan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini memaklumkan memaklumkan bahawa baki sukuk beredarnya meningkat ke paras tertinggi baharu berjumlah US$6.795 bilion (US$1 = RM3.93), melonjak 64 peratus daripada US$4.14 bilion setahun lepas.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM) mengeluarkan notis pembatalan kepada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).
11jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Propel Global Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Reservoir Link Energy Bhd bagi meneroka pembangunan loji jana kuasa gas modular di Sabah.
11jam ago
KUALA LUMPUR 3 Feb (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata gesaan kerajaan untuk peraturan, penguatkuasaan yang agak kukuh dan ekosistem perniagaan yang lebih menyokong adalah tepat pada masanya di tengah-tengah persaingan global yang semakin sengit di peringkat domestik.
12jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pasaran bimbang bahawa pengukuhan ringgit berbanding dolar US akan menjejaskan permintaan komoditi itu dalam tempoh terdekat, kata seorang peniaga.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- GLL (Malaysia) Pte Ltd (GLLM), pemegang saham utama GuocoLand (Malaysia) Bhd (GLM) mencadangkan untuk menjadikan GLM sebagai syarikat persendirian melalui pengurangan modal terpilih dan pelaksanaan pembayaran balik.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, walaupun pasaran emas di Bursa Komoditi New York (Comex) mencatatkan kenaikan.
14jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama lain serta unit serantau ASEAN pada Selasa, terus dipacu oleh keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.
14jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dipacu oleh belian saham murah, meneruskan pemulihannya daripada kemerosotan dicatatkan minggu lepas walaupun kehilangan momentum peningkatan selepas mencapai paras tertinggi pada sesi awal, kata seorang ahli ekonomi.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pintaras Jaya Bhd, Pintaras (East Malaysia) Sdn Bhd memenangi subkontrak bagi cadangan pembinaan jambatan bernilai RM35.5 juta di Kuching, Sarawak.