6jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026 dengan nilai jualan mencecah RM169 bilion, disokong permintaan pengguna bermusim yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 dengan hasil mencecah RM682.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks volum perkhidmatan Malaysia mencatat pertumbuhan 5.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 kepada 168.0 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti pada minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut mencatat jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM95.2 juta berbanding aliran keluar bersih RM160.8 juta pada minggu sebelumnya, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Parkson Holdings Bhd melalui anak syarikat milik 54.97 peratusnya, Parkson Retail Group Ltd (PRGL), memperbaharui pajakan hartanah runcitnya di Shanghai Hongqiao, China untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 31 Disember, 2036.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SkyeChip Bhd telah terlebih langganan sebanyak 95.03 kali menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Usahasama KJTS Group Bhd, Lestari Cooling Energy Sdn Bhd, telah mengaktifkan platform operasinya melalui pelaburan sulungnya dalam aset operasi milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka mencatat prestasi suku pertama tahun kewangan 2026 yang lebih kukuh walaupun dalam senario krisis Asia Barat manakala tekanan kos boleh mendorong kepada langkah bantuan ekonomi serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM105.8 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2026 daripada RM90.4 juta yang disaksikan dalam suku yang sama tahun lepas.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- RT Pastry Holdings Bhd (RT Pastry) memeterai perjanjian taja jamin dengan KAF Investment Bank Bhd sebagai sebahagian pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) serta penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Standard Chartered Malaysia melantik Mushahid Syed sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) interim dan ketua liputan bagi Malaysia berkuat kuasa 8 Mei, 2026 bagi menggantikan Mak Joon Nien yang akan beralih ke kerjaya baharu.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 2.3 trilion rupiah bagi suku pertama 2026, bersamaan pendapatan sesaham 70.20 rupiah (RM1 = 4,366 rupiah).