BERITA TERKINI   Kebakaran di Sandakan: 1,000 buah rumah dianggarkan terlibat setakat ini - Bomba | Pembaikan lokasi runtuhan tembok penahan di Jalan Abang Haji Openg, TTDI dijangka ambil masa dua hari - Hannah | Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah selaras bantuan asas, penempatan sementara kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan - PM Anwar | CAAM diarah siasat gangguan Sistem Pengendalian Bagasi KLIA, tentukan sama ada tindakan punitif wajar - Loke | Sistem bagasi KLIA T1 dipulihkan pada hari yang sama selepas mengalami gangguan semalam - Loke | 

Terdapat 1093 berita berdasarkan kata kunci carian " rantaian bekalan"

Malaysia Guna 700,000 Tong Minyak Sehari, Melebihi Pengeluaran 350,000 Tong Sehari - MOF

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia masih perlu mengimport minyak mentah walaupun mempunyai pengeluaran minyak sendiri kerana penggunaan dalam negara jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 700,000 tong sehari berbanding pengeluaran hanya 350,000 tong sehari, menurut Kementerian Kewangan (MOF) .

Pasaran Getah Dijangka Lengang Dengan Cenderung Mendatar Dan Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April  (Bernama) -- Pasaran getah dijangka lengang dengan cenderung untuk bergerak mendatar dan lebih rendah pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.

Ketidakpastian Geopolitik Pacu Peralihan Daripada Kecekapan Kepada Daya Tahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Negara-negara sedang beralih daripada model ekonomi yang dipacu kecekapan kepada daya tahan berikutan ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat membentuk semula landskap ekonomi global termasuk strategi perdagangan dan pelaburan.

Kekuatan Infrastruktur, Rantaian Bekalan Faktor Kejayaan Pelaburan AWS Di Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kekuatan infrastruktur dan kecekapan rantaian pembekalan Malaysia adalah antara faktor utama kepada kejayaan pelaburan Amazon Web Services (AWS) di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Biodiesel B15 Dilaksana Secara Berperingkat, Elak Ganggu Operasi Sedia Ada - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pelaksanaan kadar adunan biodiesel B15 akan dijalankan secara berperingkat untuk mengelak gangguan terhadap operasi industri sedia ada, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sektor O&G Kekal Berdaya Tahan Meskipun Penurunan Unjuran Prospek Minyak 2026 IEA

KUALA LUMPUR,17 April (Bernama) -- Sektor minyak dan gas kekal positif meskipun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyemak turun secara ketara unjuran permintaan minyak bagi 2026 daripada pertumbuhan 730,000 tong sehari kepada 80,000 tong sehari.

Eksport Halal Malaysia RM68.52 Bilion Pada 2025, Naik 10.9 Peratus Tahun Ke Tahun - HDC

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Eksport halal Malaysia pada 2025 berjumlah RM68.52 bilion, meningkat 10.9 peratus tahun ke tahun sekali gus menunjukkan permintaan global yang berterusan dan daya tahan industri dalam persekitaran cabaran geopolitik yang sentiasa berubah, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).

Kerosakan Kemudahan Tenaga Akibat Konflik Asia Barat Boleh Cecah US$58 Bilion -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kos pembaikan dan pemulihan bagi infrastruktur berkaitan tenaga susulan konflik di Asia Barat boleh mencecah US$58 billion (US$1 = RM3.96), dengan jumlah bagi kemudahan minyak dan gas berpotensi meningkat sehingga US$50 billion, kata syarikat penyelidikan bebas dan perisikan tenaga, Rystad Energy.

Malaysia Perkukuh Ekosistem Semikonduktor Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh ekosistem semikonduktornya di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik, memandangkan komponen itu kini disifatkan sebagai kepentingan negara.

Petronas Sahkan Bekalan Bahan Api Di Seluruh Rangkaian Stesen Sehingga Akhir Jun

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran sehingga akhir Mei yang dibuat sebelum ini.

Biodiesel B100 Berpotensi Jadi Alternatif Strategik Tenaga Negara

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biodiesel B100 berasaskan sawit berpotensi menjadi alternatif strategik dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara khususnya dalam mengharungi ketidaktentuan bekalan bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Biotechnologies Sdn Bhd, Roziyatulshima Zamil.

Kerajaan Setuju Naikkan Adunan Biodiesel Kepada B15 Tanpa Kos Tambahan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat.