Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " persatuan industri semikonduktor malaysia "

Syarikat Semikonduktor, E&E Berdepan Tekanan Tarif Dikenakan AS - MSIA

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia tidak akan dapat menyerap implikasi daripada tarif Amerika Syarikat (AS) atau mengekalkan harga untuk pelanggan di AS, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).

Malaysia Pertingkat Kemantapan Semikonduktor Susulan Langkah AS Batal Sekatan Eksport Cip

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat akses lebih luas dalam cip semikonduktor termaju berikutan langkah Washington menarik balik sekatan ke atas eksport cip, yang boleh mendorong negara berkembang daripada kekuatan sedia ada dalam pembungkusan dan pengujian peringkat pertengahan, kepada reka bentuk cip huluan bernilai tinggi.

Tarif AS Ancam Peranan Malaysia Dalam Rantaian Bekalan Tenaga Bersih Global - FMM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Duti dikenakan terhadap solar dari Asia Tenggara oleh Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai implikasi besar ke atas pangkalan pembuatan di seluruh rantau ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

FBM KLCI Susut 0.5 Peratus Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila indeks petunjuk pasaran merosot 0.5 peratus susulan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Press Metal, IHH Healthcare dan Tenaga Nasional.

Kerjasama Dengan Arm Holdings Impak Positif Kepada Rantaian Nilai Semikonduktor Malaysia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Holdings Plc yang beribu pejabat di United Kingdom akan memajukan rantaian nilai semikonduktor domestik ke arah reka bentuk litar bersepadu (IC), kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai.

Industri Semikonduktor Raih Peluang Dari Krisis Perdagangan AS-China - MSIA

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China telah membuka peluang kepada industri semikonduktor Malaysia, kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Wong Siew Hai.

MSIA: 53 Peratus Syarikat E&E, Semikonduktor Optimis Prospek Perniagaan Bagi Suku Keempat

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Sebanyak 53 peratus syarikat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor optimis terhadap prospek perniagaan bagi suku keempat 2024, demikian menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).