PMB Investment Umum Agihan 1.56 Sen Seunit Bagi PMB Dana Bestari
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd (PMB Investment), iaitu syarikat pengurusan dana Islam di bawah Pelaburan MARA Bhd telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.56 sen seunit, dengan agihan keseluruhan berjumlah RM3,210,618.35 bagi PMB Dana Bestari (Dana Bestari) untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2025.