BERITA TERKINI   PM Anwar sifatkan usaha damai NGO Islam dan Hindu cerminan kematangan rakyat, tolak perpecahan | Sebanyak RM11.12 juta kerugian libat penipuan dalam talian direkodkan di Kota Kinabalu bagi tempoh Januari hingga 15 Mac lepas - Polis | Anutin Charnvirakul dipilih semula sebagai PM Thailand dengan mandat kuat Parlimen | Untung bersih Yinson Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2026 susut kepada RM683 juta daripada RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2025 | 

PMB Investment Umum Agihan 1.56 Sen Seunit Bagi PMB Dana Bestari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd (PMB Investment), iaitu syarikat pengurusan dana Islam di bawah Pelaburan MARA Bhd telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.56 sen seunit, dengan agihan keseluruhan berjumlah RM3,210,618.35 bagi PMB Dana Bestari (Dana Bestari) untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2025.

PMB Investments berkata nilai aset bersih (NAB) seunit sebelum agihan ialah RM0.5448, yang diselaraskan kepada RM0.5292 selepas agihan. 

“Agihan ini adalah berdasarkan tarikh selepas 30 Sept, 2025, mewakili hasil sebanyak 3.01 peratus berdasarkan dana akhir NAB,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hang Tuah Amin Tajudin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Dana Bestari mencatatkan pulangan terkumpul tiga tahun sebanyak 45.68 peratus (purata 15.22 peratus setahun) setakat 30 Sept, 2025.

Pulangan terkumpul untuk lima tahun pula ialah 67.90 peratus (purata 13.58 peratus setahun) setakat 30 Sept, 2025.

Dilancarkan pada 1975, PMB Dana Bestari ialah dana kelapan yang diperkenalkan oleh PMB Investment.

-- BERNAMA