Terdapat 736 berita berdasarkan kata kunci carian " pengukuhan"

Kenanga IB Naikkan Unjuran Inflasi 2026 Kepada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran inflasi 2026 kepada 2.1 peratus daripada 1.9 peratus susulan konflik di Asia Barat yang berterusan, meskipun subsidi tenaga dan pengukuhan ringgit terus membantu mengawal harga.

Kedudukan Makroekonomi Malaysia Lebih Kukuh Hadapi Kejutan Berbanding Era Pandemik 

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit Malaysia yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan harga import global, walaupun paras liputan import negara telah menurun berbanding paras prapandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, susulan penjualan mendadak di pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Xiamen Airlines Mulakan Penerbangan Sulung Secara Terus Nanjing-Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Tourism Malaysia hari ini mengalu-alukan ketibaan penerbangan sulung Xiamen Airlines secara terus dari Nanjing ke Kuala Lumpur, menandakan peningkatan ketara dalam kesalinghubungan udara antara Malaysia dan China timur.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Tekanan Di Selat Hormuz Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila laporan mengenai beberapa kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz dengan selamat telah mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Pengukuhan Harga Minyak Mentah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Jumaat, terutamanya disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah.

Konflik Geopolitik Dijangka Beri Kesan Sederhana Sektor Hartanah Malaysia - Rehda

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Berakhir, Konflik Asia Barat Antara Tumpuan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Mesyuarat Pertama tahun 2026 yang berakhir hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi negara, pengurusan fiskal serta langkah kerajaan memantau impak konflik di Asia Barat terhadap ekonomi domestik dan global.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 0.4 Peratus, Eksport Meningkat Pada Januari 2026

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli turun 0.4 peratus kepada 28,579 tan pada Januari 2026 daripada 28,684 tan pada Disember 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, apabila dolar Amerika Syarikat mengukuh dan harga minyak pulih, kata seorang penganalisis.

NIF Tarik Pelaburan Berkualiti Tinggi, Sokong Transformasi Ekonomi - Liew

​KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan Kerangka Insentif Baharu (NIF) yang bermula pada 1 Mac lepas akan memastikan kemasukan pelaburan berkualiti tinggi bagi menyokong transformasi ekonomi ke arah berpendapatan tinggi dan berasaskan inovasi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, menjejaki Keuntungan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada hari Selasa, sejajar dengan pengukuhan dalam pasaran COMEX AS.