BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | Perolehan Gamuda Bhd melonjak kepada RM4.30 bilion bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM3.90 bilion bagi suku sama tahun kewangan 2025 | Untung bersih Gamuda Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 meningkat kepada RM229.52 juta daripada RM218.84 juta pada suku sama tahun kewangan 2025 | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM150 juta baik pulih Baraj Sungai Sarawak - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Pengukuhan Harga Minyak Mentah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Jumaat, terutamanya disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah.

Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata pengeluaran minyak sawit berkemungkinan terjejas dalam jangka sederhana berikutan kemungkinan kesan El Niño, sekali gus menyokong sentimen pasaran.

“Sehubungan itu, kami mengesan paras sokongan pada RM4,450 satu tan dan paras rintangan pada RM4,680 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 naik RM100 kepada RM4,525 satu tan, April 2026 meningkat RM28 kepada RM4,539 satu tan, manakala Mei 2026 bertambah RM31 kepada RM4,572 satu tan.

Kontrak Jun 2026 naik RM36 kepada RM4,572 satu tan, Julai 2026 meningkat RM40 kepada RM4,554 satu tan, manakala Ogos 2026 bertambah RM43 kepada RM4,523 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 133,307 lot daripada 137,656 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 225,355 kontrak daripada 229,441 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi Mac Selatan kekal tidak berubah pada RM4,500 satu tan.

-- BERNAMA