Terdapat 59 berita berdasarkan kata kunci carian " penggunaan swasta"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Positif

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan dan berkembang sebanyak 5.4 peratus, mengatasi anggaran awal 5.3 peratus.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dengan kecenderungan kenaikan sederhana minggu depan, memandangkan pelabur terus menilai pelbagai perkembangan geopolitik luaran yang kompleks.

Ringgit Dijangka Diniagakan RM3.94–RM3.96 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM3.94 dan RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

RHB IB, Kenanga IB Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 pada 4.7 peratus, dengan cenderung untuk meningkat ke arah lima peratus susulan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2026.

Data KDNK Kukuh, Ringgit Ditutup Kebanyakannya Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 5.4 peratus dalam suku pertama 2026.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Walaupun Berdepan Risiko Asia Barat, Kata Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat berikutan konflik Asia Barat yang berterusan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang kekal aktif dan eksport yang utuh dipacu perkembangan pesat sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat global.

Permintaan Domestik Perkukuh Ekonomi Malaysia Di Tengah-tengah Konflik Global -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Permintaan domestik kekal sebagai penampan utama bagi ekonomi Malaysia di tengah-tengah konflik yang berterusan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Affin Kumpulan Affin Alan Tan. 

Affin Bank Jangka Kebangkitan Semula Kitaran Pelaburan Malaysia Pada Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 22 April  (Bernama) -- Malaysia dijangka mengalami kebangkitan semula dalam kitaran pelaburannya pada separuh kedua 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun berlakunya konflik di Asia Barat, menurut Affin Bank Bhd.

Pasaran Modal Kekal Berdaya Tahan, Terus Memacu Perkembangan Serantau Pada 2025 - SC

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sekatan Di Selat Hormuz Tidak Beri Impak Ketara, Penampan Sedia Ada Masih Kukuh - Penganalisis

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesan ekonomi jangka masa pendek Malaysia diunjurkan kekal terkawal, walaupun rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghadapi kebuntuan, kata ahli ekonomi.

Kekal Positif, Sektor Pembuatan Malaysia Diunjur Tumbuh 4.1 Peratus -- RHB Investment

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan 2026 Malaysia Kepada 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.