1hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Tourism Malaysia hari ini mengalu-alukan ketibaan penerbangan sulung Xiamen Airlines secara terus dari Nanjing ke Kuala Lumpur, menandakan peningkatan ketara dalam kesalinghubungan udara antara Malaysia dan China timur.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Lufthansa Group berharap dapat menyambung semula penerbangan secara berperingkat ke beberapa kawasan di Timur Tengah bermula akhir minggu ini, kata Naib Presiden Asia Pasifik, Timur Tengah dan Usaha Sama Timur kumpulan itu Felipe Bonifatti.
1bulan ago
Daripada Abdul Hamid A Rahman
MANAMA, 11 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) sedang memajukan strategi pengembangan globalnya dengan meletakkan Bahrain sebagai hab strategik untuk mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 5 Feb (Bernama) -- Kerjasama ekonomi jangka panjang Pulau Pinang dengan China terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian negeri, dengan pelaburan dari China mencecah hampir RM16 bilion sejak sedekad yang lepas.
1bulan ago
SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- AirBorneo menyasarkan untuk mengembangkan operasinya dengan laluan dan kapasiti tambahan, susulan rancangannya untuk memperkenalkan operasi enjin jet pada separuh kedua 2026.
2bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Saudia Airlines sedang mengenal pasti peluang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi utama Arab Saudi pada 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan India Malaysia (MITTA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meningkatkan usaha untuk membendung pengendali pelancongan haram dan tidak berlesen susulan peningkatan aktiviti tersebut.
3bulan ago
IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air memperluas laluan domestik apabila melancarkan perkhidmatan bagi laluan Ipoh-Singapura mulai hari ini.
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lonjakan permintaan perjalanan udara antara Afrika dan Asia yang semakin melonjak mendorong Ethiopian Airlines memperkukuh operasinya di rantau Asia Pasifik (APAC) dengan Malaysia muncul sebagai satu daripada pasaran paling pesat berkembang.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd menyambung semula penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) ke Lapangan Terbang Brisbane (BNE) dengan penerbangan sulung MH135 berlepas dari Kuala Lumpur pada 29 November.
3bulan ago
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Sunway Malls melancarkan kempen akhir tahun bertemakan Cozy Cozy Christmas, yang menampilkan pemasangan hiasan imersif, bengkel kreatif dan aktiviti berfokuskan komuniti di semua pusat beli-belah mereka di seluruh negara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bersama Malaysia, Jepun dan pihak berkepentingan utama industri penerbangan, menggesa kerajaan dan komuniti antarabangsa untuk mengesahkan lagi kepimpinan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selain mempercepat tindakan iklim diselaras ke arah penerbangan karbon sifar bersih menjelang 2050.