Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " pendedahan kemampanan"

Bursa Malaysia Perkenal Platform CSI Untuk Pendedahan Kemampanan

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd memperkenalkan format pendedahan kemampanan yang dipertingkatkan melalui platform Perisikan Kelestarian Berpusat (CSI), sebagai antara usaha untuk memperkukuh penjajaran dengan piawaian pendedahan antarabangsa.

Komitmen ESG Malaysia Pada 2025 Dipacu Cukai Karbon, Pelaporan Dan Inisiatif Lestari

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Tinjauan bagi penerapan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh syarikat-syarikat di Malaysia kelihatan sangat positif tahun depan, sebahagian besarnya disebabkan oleh inisiatif dasar praktikal yang diperkenalkan tahun ini, seperti cukai karbon, peningkatan pelaporan ESG dan inisiatif kemampanan yang meningkat. 

Pelaporan Kemampanan Malaysia Raih Pengiktirafan Global Dalam Profil IFRS

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Malaysia diiktiraf sebagai negara yang menerima pakai Piawaian Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB) dengan peralihan terhad, mewakili satu-satunya bidang kuasa di rantau ASEAN, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SC, ICAEW Bekerjasama Pertingkat Kemahiran Dalam Dedahan Kemampanan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memulakan usaha kerjasama dengan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) menerusi pemeteraian Surat Hasrat (LOI) berkaitan kerjasama dalam bidang khusus.

Bursa Malaysia Kemas Kini Keperluan Pelaporan Mampan Untuk Diselaraskan Dengan NSRF

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengemas kini keperluan pelaporan kemampanannya dalam keperluan penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE untuk diselaraskan dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional (NSRF).

Permodalan Pasaran Ekuiti Meningkat Bukti Pemulihan Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Semak Semula Syarat Penyenaraian Sejajar Dengan NSRF

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan untuk mengukuhkan pelaporan kemampanan di Pasaran Utama dan bagi Syarat Penyenaraian (LR) Pasaran ACE, sejajar dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).