3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd kekal positif terhadap ekuiti Malaysia pada 2026, didorong oleh pertumbuhan pendapatan sebanyak 6.4 peratus dan pengembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi Januari 2026 kekal kukuh, meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun kepada RM272.37 bilion berbanding RM241.97 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd melabur RM28 juta dalam Delta Spike Asia Sdn Bhd dan IX Telecom Sdn Bhd bagi memperkukuh keupayaan keselamatan siber serta infrastruktur digital rentas sempadan negara.
9hari ago
LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan mengadakan mesyuarat pertama hari ini bagi sesi 2025-2027 dengan menumpukan kepada langkah memperkukuh ekonomi serta menangani beberapa cabaran ekonomi tertunggak dan baharu yang dihadapi pulau ini.
10hari ago
JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) mengekalkan momentum pembangunan hartanah di Johor melalui sambutan hangat terhadap projek kediaman premium, UDA Heights.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada 2025, mengatasi unjuran 4.0 hingga 4.8 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang menggalakkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), melalui anak syarikat masing-masing TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) dan PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PFMI), memeterai kerjasama strategik untuk membangunkan dan mengendalikan Sistem Penyejukan Berpusat di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- MUFG Bank Ltd menjangkakan ringgit akan terus mengukuh ke arah 3.7000 menjelang akhir‑2026 berbanding dolar US, disokong oleh kitaran kenaikan nilai ringgit yang lebih bertahan selepas dipacu oleh asas struktur.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 kini sebagai pemacu utama peralihan Malaysia daripada pembuatan berasaskan volum kepada ekonomi bernilai tinggi yang lebih dipacu inovasi, menurut peserta industri.
12hari ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Langkawi International Halal Showcase (LIHAS 2026) akan diadakan di Langkawi, Kedah pada 5 hingga 8 Nov depan dengan sasaran nilai transaksi perdagangan sebanyak RM100 juta sepanjang penganjuran acara itu.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kini beralih daripada sekadar menetapkan sasaran pertumbuhan kepada pelaksanaan mekanisme yang lebih efektif.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Malaysia Petroleum Management (MPM) hari ini mengumumkan perolehan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi Kluster Permata, yang terletak di luar pantai Sabah kepada Bridge Petroleum Ltd, berpangkalan di London.