5jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Malaysia Airlines menyambut baik ketibaan pesawat Boeing 737-8 yang keempat pada tahun ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar.
1hari ago
Oleh Wan Muhammad Aslah Wan Razali
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk menerajui pembangunan tenaga pintar dan lestari di rantau ASEAN khususnya menerusi usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Ketua Pegawai Kanan Strategi, Regulatori dan Kelestarian Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Muhamad Nazri Pazil.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bekerjasama dengan Daikin Malaysia Sdn Bhd dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) untuk menganjurkan Program Rantaian Bekalan MIDA-Daikin.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menyediakan penyelesaian perbankan haji menyeluruh dan bersepadu untuk membantu memudahkan urusan kewangan jemaah haji Malaysia bermula daripada persiapan di tanah air sehingga pelaksanaan ibadah itu di Makkah dan Madinah
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pengeluar sos dan perencah halal tempatan, Mahsuri Food Sdn Bhd melancarkan kemudahan pengeluaran canggih di Seremban, Negeri Sembilan, yang turut mencerminkan usaha syarikat mengembangkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 10.1 peratus kepada RM826.53 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM750.73 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.
2hari ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 22 Mei (Bernama) -- Inisiatif Johor Super Lane (JSL), mekanisme laluan pantas yang berjaya mengurangkan tempoh pengoperasian projek industri kepada hanya 11 bulan, dijangka menjadi antara tunjang utama kerajaan negeri dalam mencapai sasaran pelaburan RM140 bilion tahun ini.
2hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 22 Mei (Bernama) -- Kunjungan rasmi delegasi Bank Pembangunan Asia (ADB) ke Labuan membuktikan tumpuan terhadap kedudukan strategik pulau bebas cukai berkenaan sebagai pangkalan sokongan luar pesisir minyak dan gas (O&G), pusat kewangan antarabangsa serta gerbang maritim.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meningkatkan hubungan dengan pelabur dari negara-negara Nordic untuk menjadikan Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) Malaysia dan ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh sebagai kelebihan utama untuk pelaburan asing berkualiti tinggi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Bhd bagi penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), memperoleh kemudahan pembiayaan US$100 juta (US$1=RM3.95) daripada QNB Group, institusi kewangan Timur Tengah dan Afrika.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, disokong oleh sumbangan berterusan operasi teras kumpulan dan pengembangan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) kepada pelanggan utama.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga.