Terdapat 600 berita berdasarkan kata kunci carian " menilai"

RTS Link : Johor Perlu Perhalusi Strategi Tangani Cabaran Aliran Keluar Tenaga Mahir

JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor perlu memperhalusi strategi ekonomi rentas sempadan serta memperkukuh kejelasan dasar bagi menangani cabaran aliran keluar tenaga kerja mahir menjelang pengoperasian perkhidmatan Sistem Transit Rapid (RTS) Link pada awal tahun depan.

Perpaduan Teras Daya Tahan Harungi Krisis Bahan Api

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Sejauh mana impak sesuatu krisis itu mungkin sukar difahami sehinggalah asakannya mengundang kesan mendalam sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.

Harga Minyak Turun Di Bawah US$100 Setong Didorong Rundingan Gencatan Senjata

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Harga minyak menurun di bawah paras US$100 setong selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata selama dua minggu sebagai pertukaran kepada Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz. 

Krisis Asia Barat Dorong Kerajaan Nilai Semula Subsidi Agar Lebih Bersasar - Pakar Ekonomi

BANGI, 7 April (Bernama) -- Kesan semasa daripada krisis Asia Barat telah mendorong kerajaan menilai semula pendekatan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) sedia ada bagi memastikannya benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, kata pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan pasaran terus menilai semula kesan konflik berpanjangan di Asia Barat.

Tawaran Sunway Ambil Alih IJM Luput Selepas Gagal Raih Lebih 50 Peratus Saham Undian

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Konflik Asia Barat Jejaskan Sentimen

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.

Kelab Pembekal Honda Malaysia Sokong Dasar EV MITI Yang Berteras Pembangunan

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Langkah yang diambil oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai cadangan pelaburan BYD memperlihatkan pendekatan yang berkaliber bagi mengimbangkan pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan kepentingan negara.

HLIB Turunkan Unjuran KDNK 2026 Malaysia Kepada 4.5 Peratus Susulan Krisis Tenaga Global

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 kepada 4.5 peratus daripada 4.7 peratus berikutan krisis tenaga global daripada konflik Asia Barat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.