Kanada Tawar Insentif Baharu LNG Tarik Pelaburan Syarikat Minyak Utama
Oleh Mikhail Raj Abdullah and Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kanada menawarkan insentif baharu untuk menarik syarikat-syarikat minyak seperti Petronas meningkatkan pelaburan dalam sektor gas asli cecair (LNG), ketika Perdana Menteri Mark Carney berusaha mempercepatkan kelulusan permit untuk projek LNG dan tenaga bersih.