BERITA TERKINI   Pelaku jenayah dalam kawasan sekolah akan dihadapkan ke muka pengadilan - Saifuddin Nasution | PDRM jamin siasatan telus, profesional insiden jenayah dalam kawasan sekolah - Saifuddin Nasution | Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor berjaya tarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion setakat ini - PM Anwar | JS-SEZ terus tunjuk momentum luar biasa tarik pelaburan strategik antarabangsa, catat pelaburan diluluskan cecah RM37 bilion pada separuh pertama tahun ini - PM Anwar | Sindiket pengedaran dadah tumpas, rampasan bernilai RM5.33 juta - Ketua Polis Johor | 

Anwar Harap Kanada Pertimbang Semula Pengecualian Visa Kepada Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia.

"Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala,"  katanya dalam hantaran di platform X hari ini.

Anwar ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Paris, Perancis, menghubungi Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini.

Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Kanada bagi tujuan melancong, belajar atau bekerja.

Yuran visa Kanada untuk warganegara Malaysia termasuk yuran kepada kerajaan Kanada, yuran biometrik serta sokongan atau perkhidmatan lanjut daripada VFS Global, pentadbir pihak ketiga dilantik untuk visa Kanada di Malaysia.

Proses untuk permohonan visa Kanada mengambil masa yang lama.

-- BERNAMA