Terdapat 211 berita berdasarkan kata kunci carian " maritim"

Syarikat Perkapalan Tangguh Surcaj Kesesakan Pelabuhan Kontena Sapangar - Ewon

PENAMPANG, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat perkapalan bersetuju untuk menangguhkan cadangan pelaksanaan surcaj kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) susulan siri libat urus dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).

Jerman Sasar Johor Sebagai Gerbang ASEAN, 70 Delegasi Perniagaan Teroka Peluang JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 13 Mei (Bernama) -- Johor semakin dilihat sebagai pintu masuk strategik ke ASEAN apabila Jerman berusaha untuk mempelbagaikan rantaian bekalan global dan mengembangkan perkongsian pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di tengah-tengah krisis rantaian bekalan global serta konflik di Asia Barat.

CILTM Cadang Sabah Bangunkan Kerangka Kerja Daya Tahan Maritim Perkukuh Ekosistem Logistik

LABUAN, 13 Mei (Bernama) -- Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) Sabah mencadangkan agar negeri itu membangunkan rangka kerja daya tahan maritim dan pengagihan semula aliran kargo bagi memperkukuh ekosistem logistik negeri.

MISC Namakan Dua Kapal LNG Baharu, Perkukuh Kerjasama Dengan Unit ExxonMobil

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kumpulan MISC (MISC) mengumumkan penamaan dua kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) generasi baharu, Seri Dian dan Seri Dayang, sekali gus memperkukuh kerjasama jangka panjangnya dengan Seariver Maritime LLC (SRM), anak syarikat milik penuh  ExxonMobil.

MDEC Mudah Cara Potensi Peluang Bernilai RM450 Juta Di Sushi Tech Tokyo 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memudah cara potensi peluang bernilai lebih RM450 juta pada SusHi Tech Tokyo 2026, antara platform pemula niaga dan inovasi terkemuka di Asia.

Marriott International, Maritime Waterfront Suites Bekerjasama Perkasa Industri Hospitaliti

KEPALA BATAS, 5 Mei (Bernama ) -- Marriott International menjalin kerjasama dengan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd bagi menukar nama tempat peranginan Bertam Resort kepada The Bertam yang akan membuka lembaran baharu sektor hospitaliti di Seberang Perai, Pulau Pinang.

LPA, MIMA Meterai MoU Bagi Perkukuh Kerjasama Maritim

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dalam usaha memperkukuhkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam sektor maritim. 

Perbadanan Labuan Akan Tumpu Usaha Niaga Perniagaan Pacu Pertumbuhan Mampan

LABUAN, 4 Mei  (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) sedang mempergiat usaha untuk mengambil bahagian secara langsung dalam usaha niaga permodalan aset, sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mencapai kemampanan kewangan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan.

Petronas Meterai Perjanjian Dengan ENEOS Untuk 10 Peratus Pegangan Dalam MLNG Tiga

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) --Syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani perjanjian muktamad dengan syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Jepun, ENEOS Xplora.

Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Sokong Cadangan Bina Kilang Penapisan Minyak

LABUAN, 29 April (Bernama) — Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sebulat suara menyokong cadangan bagi membina sebuah kilang penapisan minyak di pulau berkenaan.

Sektor Insurans Malaysia Dijangka Kekalkan Pertumbuhan Pada Suku Pertama 2026 - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 27 April  (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan sektor insurans Malaysia akan mengekalkan momentum pertumbuhannya pada suku pertama 2026, disokong oleh segmen insurans am dan insurans hayat yang lebih kukuh.

Malaysia, Indonesia, Singapura Perlu Pastikan Selat Melaka Bebas Daripada Gangguan Keselamatan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Komitmen empat negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand untuk mengekalkan Selat Melaka daripada sebarang bentuk gangguan berkaitan keselamatan kini dilihat semakin penting.