Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " laluan antarabangsa"

Batik Air Lancar Penerbangan Terus Dari Pulau Pinang Ke Medan Dan Singapura

GEORGE TOWN, 17 Okt (Bernama) -- Batik Air akan memperkenalkan dua laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Medan dan Singapura secara terus ke Pulau Pinang mulai 8 Disember, ini bakal meningkatkan pelancongan serantau dan sambungan udara.

Penerbangan Terus Phnom Penh-P.Pinang Perkukuh Hubungan Dagangan ASEAN- MAHB

GEORGE TOWN, 30 Jun (Bernama) -- Penerbangan terus baharu bagi laluan Phnom Penh ke Pulau Pinang oleh syarikat penerbangan Cambodia Airways dilihat sejajar dengan ASEAN Connectivity Master Plan 2025, sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia ke arah integrasi serantau yang lebih mendalam.

Loong Air Dijangka Sambung Semula Laluan Penerbangan Pulau Pinang–Xi’an

GEORGE TOWN, 30 Mei (Bernama) -- Laluan penerbangan terus Pulau Pinang–Xi'an yang dikendalikan Loong Air akan disambung semula tidak lama lagi sekali gus memberikan sinar kepada pemain industri pelancongan.

Malaysia Catat 8.7 Juta Penumpang Pada Feb 2025, Naik 6.9 Pct - MAVCOM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan trafik penumpang udara sebanyak 8.7 juta pada Februari 2025, naik 6.9 peratus dari tahun ke tahun berbanding Februari 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

AirAsia Sasar Terbangkan Lima Juta Penumpang Ke Sabah Tahun Ini

KOTA KINABALU, 14 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menyasarkan untuk menerbangkan lima juta penumpang ke Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pada 2025, hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada 2024.

MAVCOM Jangka Catat 97.6 Juta Trafik Penumpang Pada 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) --Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka memenuhi unjuran trafik penumpang iaitu antara 95.4 juta dan 97.6 juta penumpang tahun ini disokong oleh pemulihan kukuh sektor penerbangan Malaysia yang berterusan dalam tempoh enam bulan pertama 2024.

AirAsia Pacu KLIA Jadi Status Hab Mega LCC Peringkat Global, Umum Lima Laluan Baharu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- AirAsia Group Bhd (AirAsia) diiktiraf oleh OAG Megahubs Index 2024 selaku penyumbang utama status Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lapangan terbang paling terhubung atau hab mega bagi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) di peringkat global.

Trafik Penumpang Udara Naik 12.7 Peratus Kepada 8.7 Juta Pada Ogos 2024 - MAVCOM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lapangan terbang Malaysia memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024, pertumbuhan 12.7 peratus daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023, mencerminkan pertumbuhan kukuh yang berterusan untuk kedua-dua sektor antarabangsa dan domestik.

AirAsia Rancang Perluasan Operasi Di Indonesia Timur Menerusi Laluan Baharu

Daripada Soraya Jamal

BALI, 19 Sept (Bernama) -- AirAsia merancang untuk mengembangkan rangkaiannya di Indonesia, terutamanya di Nusa Tenggara Timur, wilayah paling selatan negara tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.