Terdapat 197 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan negeri"

MATRADE Sasar 400 Syarikat Tempatan Teroka Peluang Eksport Pada Hari Eksport Sarawak 2025

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan penyertaan 400 syarikat tempatan untuk meneroka peluang eksport baharu menerusi Hari Eksport Sarawak 2025 yang berlangsung pada 2 hingga 3 Julai, 2025 di Kuching, Sarawak.

Pulau Pinang Minta Kerajaan Kongsi Hasil Cukai Bagi Pacu Pembangunan Negeri

GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk berkongsi hasil cukai negeri itu dalam usaha menyokong pembangunan negeri serta program-program kebajikan dan sosial.

Kedah Catat Pelaburan RM4.2 Bilion Bagi Suku Pertama Tahun Ini

ALOR SETAR, 22 Jun (Bernama) -- Kedah merekodkan jumlah pelaburan RM4.2 bilion bagi tempoh suku pertama tahun ini dan dijangka menjana lebih 1,400 peluang pekerjaan.

IMFC-J Terima Lebih 400 Pertanyaan Pelaburan, Komitmen Pelaburan Bernilai RM16.71 Bilion

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J) menerima sejumlah 439 pertanyaan berkaitan pelaburan dalam masa hanya lima bulan sejak pelancarannya pada Februari tahun ini.

PM Anwar Seru Nilai Kemanusiaan Teras Dalam Pembangunan Ekonomi, Teknologi

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pertumbuhan ekonomi berlandaskan etika, budaya dan kemanusiaan walaupun negara sedang memanfaatkan kemajuan teknologi yang pesat.

Jangan Pandang Rendah Kepentingan JS-SEZ - PM Anwar

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai model luar biasa kerjasama rentas sempadan yang menjadi penanda aras baharu untuk perkongsian ekonomi dua hala.

TNG Digital Perkenal Kemudahan Bayaran Digital Bagi Peniaga PKS, Mikro

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd kini memperluaskan sokongan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kalangan peniaga bebas yang beroperasi di pasar, gerai serta ruang awam menerusi mekanisme pembayaran digital mudah diakses dan dimanfaatkan.

Qhazanah Sabah Bekerjasama Dengan Bina Indah Bangun Projek The Hill @ Damai

KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Qhazanah Sabah Bhd (QSB) hari ini menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dengan Bina Indah Development Sdn Bhd untuk pembangunan The Hill @ Damai dekat sini.

IIBD Pemangkin Transformasi Johor Bahru Sebagai Hab Perniagaan Dunia

JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan Ibrahim International Business District (IIBD) bakal mentransformasikan pusat bandar Johor Bahru sebagai hab perniagaan bertaraf dunia, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor. 

150 Syarikat Di Perak Terima Manfaat Kemudahan Perdagangan MATRADE

IPOH, 11 Jun (Bernama) -- Sebanyak 150 syarikat di Perak menerima manfaat menerusi program pembangunan pengeksport dan kemudahan perdagangan yang disediakan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sejak tahun lepas sehingga Mei tahun ini.

Johor Catat Pelaburan Dilulus Tertinggi Berjumlah RM30.1 Bilion Pada Suku Pertama 2025

JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Johor mencatatkan prestasi pelaburan tertinggi di Malaysia bagi tempoh suku pertama 2025 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM30.1 bilion, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai peneraju utama pelaburan negara.

Cawangan Baharu Di Melaka Perkukuh Komitmen Bank Muamalat Perluas Rangkaian

MELAKA, 9 Jun (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di Melaka yang dilancarkan hari ini mengukuhkan komitmen bank tersebut dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri berkenaan.