11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pelarasan dalam cukai eksport di bawah Belanjawan 2025 akan membantu industri penapisan minyak sawit menjadi lebih berdaya saing berbanding Indonesia, menurut Glenauk Economics.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kadar duti eksport minyak sawit mentah (MSM) disemak semula dalam usaha memastikan bekalan komoditi tersebut di pasaran tempatan dan menggalakkan aktiviti pemprosesan lanjut dan aktiviti hiliran bagi menghasilkan produk nilai tambah lain seperti biodiesel dan oleokimia, kata Kementerian Kewangan hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150 manakala RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak.
11bulan ago
Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail, Niam Seet Wei & Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah, diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI, memberi tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.