Belanjawan 2025: Kerajaan Peruntuk RM50 Juta Pergiat Aktiviti Bahasa, Kesusasteraan
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Kerajaan menyediakan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa bagi mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda bagi mengangkat darjat bahasa dan kesusasteraan.