BERITA TERKINI   Malaysia perlu amal pendekatan diplomasi bijak bagi hadapi ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik geopolitik dunia - PM Anwar | Program MADANI Rakyat 2026 Perak rekod 303,222 pengunjung, paling tinggi sejak program itu diadakan - Nga | Generasi muda perlu kuasai kemahiran, kepakaran bidang baharu bagi wujudkan lebih ramai pakar tempatan - PM Anwar | Kemudahan internet dan fasiliti NADI boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat BDR - Fahmi | Kerajaan luluskan RM500,000 untuk naik taraf masjid, sekolah dan keperluan asas di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor - PM Anwar | 

Belanjawan 2025: Kerajaan Peruntuk RM50 Juta Pergiat Aktiviti Bahasa, Kesusasteraan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Kerajaan menyediakan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa bagi mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan  khususnya dalam kalangan generasi muda bagi mengangkat darjat bahasa dan kesusasteraan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini berkata usaha itu termasuk mengalih bahasa karya-karya agung, penganjuran teater serta memelihara bahasa kaum minoriti seperti etnik Siam.

Beliau berkata selain itu, kerajaan turut mendukung penuh pembangunan industri seni kreatif dengan meningkatkan peruntukan Dana Kandungan Digital kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutamanya berteraskan semangat kenegaraan.

“Hampir RM40 juta turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia. MyCreative Ventures pula disediakan RM25 juta bagi menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif.

“Program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta dan aktiviti merangkumi bengkel kemahiran  videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek,” kata beliau

-- BERNAMA