BERITA TERKINI   Liga Super: Imigresen FC 2-3 Terengganu FC | Liga Super: Penang FC 3-0 PDRM FC | Sukan SEA 2025: Gandingan penerjun negara Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi rangkul emas 3m papan anjal seirama lelaki | Sukan SEA 2025: Kontinjen negara raih 217 pingat setakat ini, jumlah tertinggi direkodkan Malaysia di luar Kuala Lumpur - MSN | Sukan SEA 2025: Trio Mohd Akmal Nazimi, Muhammad Fadhil, Muhammad Ridwan rangkul emas berbasikal trek pecut berpasukan lelaki | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " icp"

TDA Serah Lebih 64 Projek ICP Di Bawah Pemerolehan LRT3 Bernilai RM11.37 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Technology Depository Agency Bhd (TDA) menyerahkan lebih 64 projek Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bernilai RM11.37 bilion yang berjaya disiapkan kepada Prasarana Malaysia Bhd.

SP Setia Kemuka Makumat Nota Islam RM3.5 Bilion, Program ICP RM500 Juta Kepada SC

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- SP Setia Bhd (SP Setia) telah mengemukakan maklumat program terbitan nota Islam sehingga RM3.5 bilion dan program kertas komersial Islam (ICP) sehingga RM500 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah rangka kerja penyerahan dan pelancaran. 

Sunsuria Mohon Sedia Program ICP Sukuk Wakalah Bernilai RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Sunsuria Bhd telah membuat permohonan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mewujudkan program kertas komersial Islam (ICP) sehingga RM500 juta dalam nilai nominal.

TDA Naik Taraf MyCIEDS Bagi Perkukuh Urusan Import Eksport JKDM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Technology Depository Agency Bhd (TDA) telah menaik taraf Sistem Dokumen Sokongan untuk Import dan Eksport Malaysia (MyCIEDS) kepada sistem digital bersepadu.

FMM Sokong Tiada Kenaikan Dalam Surcaj ICPT

KUALA LUMPUR,  21 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengekalkan surcaj kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) pada 16 sen setiap kilowatt jam (kWj) bagi separuh pertama 2025.

Mekanisme IBR Pacu Kecekapan, Pemodenan Sektor Tenaga

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), satu transformasi berani bagi sektor tenaga Malaysia, merupakan rangka kerja digunapakai pihak pengawal selia bagi menentukan kos serta pemulihan bagi bekalan dan perkhidmatan tenaga elektrik.

Kementerian Kewangan Teliti Pemohonan Bayar Balik ICPT Kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .

Ambank, Ambank Islamic Tubuh Program Terbitan Kertas Komersial RM4 Bilion Dan ICP RM3 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat milik penuh AMMB Holdings Bhd (AMMB Holdings), AmBank (M) Bhd dan AmBank Islamic Bhd (AmBank Islamic) selesai memfailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Selasa untuk menubuhkan program terbitan kertas komersial dan kertas komersial Islam (ICP) masing-masing bernilai RM4 bilion serta RM3 bilion, mengikut nilai nominal.