2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Struktur pembiayaan perumahan Malaysia mungkin memerlukan pendekatan yang lebih mampan memandangkan tempoh matang pinjaman perumahan yang lebih panjang semakin memberikan tekanan kewangan kepada isi rumah berpendapatan sederhana.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB) menerbitkan dua siri baharu Sukuk Murabahah, berjumlah RM1.0 bilion dalam nilai nominal, selaras dengan program Sukuk Murabahah tanpa penarafan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia yang teguh serta momentum pembaharuan berterusan dijangka terus menyokong ringgit manakala faktor luaran akan terus mempengaruhi pergerakan kadar pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia terus merekodkan lebihan dalam Imbangan Akaun Semasa (CAB) dalam suku pertama 2026 (S1 2026) berjumlah RM15.2 bilion, bersamaan dengan 3.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara ketara lebih tinggi berbanding RM2.7 bilion pada suku keempat 2025 (S4 2025).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM154.88 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berikutan kerugian pertukaran asing bersih sebanyak RM232.2 juta susulan susut nilai mata wang tempatan termasuk baht Thailand, rupiah Indonesia dan peso Filipina berbanding dolar AS sepanjang tempoh berkenaan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) sedang mempergiat usaha libat urus industri bagi meningkatkan kesiapsiagaan penggiat menjelang pelaksanaan proses kebenaran beroperasi meliputi pelesenan dan pendaftaran di bawah Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Permaju Industries Bhd, Capital Intertrade Sdn Bhd (CISB) menamatkan operasi pengedaran Ford, dengan mengemukakan notis penutupan syarikat dan penyerahan operasi kepada Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd (Sime Darby Auto).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$129.7 bilion pada 30 April, 2026.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mengeluarkan surat lantikan kepada MISC Bhd untuk pembekalan, operasi dan penyelenggaraan Unit Penyimpanan dan Pengegasan Semula Terapung (FSRU) baharu bagi Terminal Pengegasan Semula Ketiga (RGT-3) di Lumut, Perak.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$128.29 bilion pada akhir Februari 2026.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Avaland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Nexus Advertising Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Tong Ah Company Sdn Bhd untuk mengambil alih tanah pegangan bebas di Taman U-Thant di sini pada harga RM86.04 juta.