6hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kumpulan Bank Dunia menerusi kerjasama dengan ASEAN, melancarkan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi menyokong pembangunan serta integrasi grid tenaga nasional di serata rantau ini.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini akan memperkukuh asas bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada, dengan memberi tumpuan pada memantapkan aturan menentukan asal suatu produk dan protokol perdagangan digital.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Malaysia bersetuju secara prinsip untuk mengecualikan beberapa produk pertanian dari Palestin daripada dikenakan duti kastam, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Hasil perdagangan dua hala Kazakhstan dan Malaysia dijangka melonjak kepada US$1 bilion (US$1 = RM4.19) secara tahunan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.
1bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KUNMING (CHINA), 17 Sept (Bernama) -- Media Malaysia menunjukkan minat yang mendalam terhadap kemajuan teknologi China khususnya dalam kenderaan elektrik (EV) dan ekonomi digital serta memberi tumpuan kepada bagaimana perkembangan ini memberi kesan secara langsung kepada Malaysia dari segi penciptaan pekerjaan.
1bulan ago
DILI (TIMOR-LESTE), 16 Sept (Bernama) -- Kedudukan Timor-Leste sebagai "papan loncatan" ke pasaran di Indonesia dan utara Australia menjadikannya destinasi menarik bagi pelabur, institusi latihan dan organisasi media negara, kata Duta Malaysia ke Timor-Leste Datuk Amarjit Singh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan eksport ke pasaran utama akan mencatatkan pertumbuhan mampan pada masa depan, disokong oleh permintaan yang stabil bagi produk elektrikal dan elektronik (E&E) walaupun berdepan cabaran tarif.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan luas di negara itu disokong oleh jumlah populasinya yang besar dengan majoriti golongan muda yang kreatif.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Bangladesh mahu meneroka lebih banyak pelaburan dari Malaysia untuk mengukuhkan ekonominya dan membina masa depan yang mampan serta ekonomi berpertumbuhan tinggi, kata Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengumuman kadar tarif baharu dapat memupuk kerjasama lebih erat yang akan menggalakkan peningkatan peluang pekerjaan serta pelaburan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham Malaysia).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Eksport semikonduktor dan farmaseutikal Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dikecualikan daripada tarif 19 peratus dikenakan oleh Washington setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan daya saing kos keseluruhan produk yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran AS, serta menunjukkan isyarat penting hubungan perdagangan dua hala yang semakin kukuh.