BERITA TERKINI   Bekas Ketua Bahagian Editorial NST Sabah dan Sarawak Joseph Bingkasan meninggal dunia pada 3.56 pagi tadi - Anak | MTT Shipping and Logistics Bhd memulakan dagangan pada RM1.08 di Pasaran Utama Bursa Malaysia, premium lima sen berbanding harga IPO pada RM1.03, dengan 12.94 juta saham diniagakan. | 

Terdapat 3334 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Tamat Tempoh Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.

Jaminan Kredit, Kelonggaran Peraturan Sokong PMKS Berdepan Krisis Tenaga

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertindak pantas melaksanakan langkah-langkah bantuan bersasar bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan operasi di tengah-tengah krisis tenaga global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat.

IILM Terbit Semula Sukuk Jangka Pendek AS$1.286 Bilion Di Sebalik Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek berjumlah AS$1.286 bilion merentasi lima tempoh iaitu dua minggu, dua bulan, tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan.

Ketegangan Semakin Memuncak Di Asia Barat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 April  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Peruntukan SJPP RM5 Bilion, Kelonggaran e-Invois PMKS Lebih Baik Daripada Moratorium Pukal - Samenta

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemberian peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan liputan dipertingkat kepada 80 peratus serta kelonggaran transisi e-Invois selama 12 bulan disifatkan lebih baik berbanding pemberian moratorium pinjaman secara pukal.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Tanco Holdings

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Tanco Holdings Bhd berhubung kenaikan harga sahamnya yang luar biasa baru-baru ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki peningkatan niaga hadapan getah serantau, dalam persekitaran harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh, kata peniaga.

Jaminan Pembiayaan RM5 Bilion, Kelonggaran E-Invois Bantu PMKS Susulan Krisis Tenaga Global - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Malaysia Kekal Optimistik Dengan Prospek Pertumbuhan 2026 - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Malaysia kekal optimistik dengan prospek pertumbuhan 2026 meskipun ketidaktentuan isu geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kerajaan Komited Kepada Reformasi Dasar, Libat Urus Dengan Syarikat, Pengurus Dana - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan terus komited terhadap pembaharuan dasar dan  libat urus yang berterusan dengan syarikat dan pengurus dana, yang mempunyai pilihan dalam menentukan destinasi pelaburan serta lokasi operasi pembuatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.