9hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Rancha Power Sdn Bhd hari ini mencatat satu pencapaian penting dalam pembangunan tenaga di Labuan menerusi majlis pecah tanah pembinaan loji jana kuasa berasaskan gas baharu berkapasiti 120 megawatt (MW).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 29.6 peratus pada November 2025 kepada 20,891 tan berbanding pada Oktober 2025 iaitu 29,673 tan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit Malaysia menarik nafas lega apabila dikecualikan daripada tarif import sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), pada masa yang sama mengekalkan momentum yang stabil pada tahun ini walaupun terjejas oleh permintaan luar yang rendah dan paras inventori yang tinggi.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur tahun ini dengan output dan eksport termasuk permintaan luaran untuk sarung tangan menguncup, manakala komoditi lain seperti koko dan lada pula berdaya tahan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pekebun kecil sawit diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penjualan baja tidak tulen di pasaran yang boleh menjejaskan hasil dan menyebabkan kerugian, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 11.4 peratus kepada 29,673 tan pada Oktober 2025 daripada 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Genting Plantations Bhd melonjak kepada RM86.50 million untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM83.05 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini disebabkan harga isirong sawit (PK) dan jumlah jualan yang lebih kukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Projek Kompleks Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Lada di Sarawak yang telah lama terbengkalai akan disiapkan susulan kelulusan peruntukan baharu daripada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menyambung semula kerja-kerja pembinaannya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli susut sebanyak 14.8 peratus kepada 26,647 tan pada September 2025 daripada 31,285 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli pada Ogos 2025 menurun sebanyak 12.8 peratus kepada 31,285 tan berbanding 35,884 tan pada Julai 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
NILAI, 23 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal mewujudkan hab automotif moden pertamanya menerusi projek pembangunan Auto City di Bandar Pintar Nilai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 36.7 peratus pada Julai 2025 kepada 35,884 tan berbanding 26,249 tan pada Jun 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).