Terdapat 224 berita berdasarkan kata kunci carian " cepa"

Landskap Digital Malaysia Terus Berkembang Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global - Gobind

SUBANG JAYA, 12 Mei (Bernama) -- Landskap digital Malaysia terus berkembang dengan penuh keyakinan dan optimisme di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

PayDibs Perkukuh Penyertaan Dalam Ekosistem PayNet Dengan Akses Terus Ke DuitNow QR

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Paydibs Sdn Bhd, gerbang pembayaran berteraskan peniaga di Malaysia kini menjadi peserta langsung untuk Payments Network Malaysia (PayNet) bagi penerimaan DuitNow QR (DNQR) yang menandakan satu peningkatan penting dalam infrastrukturnya.

Perlindungan Insurans, Takaful Bantu PMKS Kekal Tenaga Kerja - Sim

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perlindungan insurans dan takaful kepada pekerja adalah antara langkah penting untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan tenaga kerja, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong.

Harga Minyak Mentah Global Naik Mendadak Susulan UAE Keluar OPEC, OPEC+

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global meningkat mendadak berikutan pengumuman bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.

IMF Semak Naik Unjuran Pertumbuhan KDNK Sebenar Malaysia Kepada 4.7 Peratus Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.

MBSB IB Jangka Harga Brent, MSM Kekal Melebihi Paras Sokongan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd menjangka harga penanda aras minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah (MSM) kekal melebihi paras sokongan serta berpotensi menguji semula paras rintangan, masing-masing pada US$114 setong dan RM4,890 satu tan dalam tempoh terdekat ini.

Sekatan Di Selat Hormuz Tidak Beri Impak Ketara, Penampan Sedia Ada Masih Kukuh - Penganalisis

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesan ekonomi jangka masa pendek Malaysia diunjurkan kekal terkawal, walaupun rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghadapi kebuntuan, kata ahli ekonomi.

Harga Minyak Meningkat Ketika pasaran Memantau Gencatan Senjata AS-Iran, Isu Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Harga minyak meningkat menghampiri US$100 setong dalam persekitaran ketidaktentuan yang berlarutan mengenai gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)- Iran selama dua minggu dan penutupan semula Selat Hormuz oleh Iran susulan serangan Israel ke atas Lubnan.

IATA Jangka Pemulihan Berperingkat Penerbangan Di Teluk Susulan Kemajuan Terkini Asia Barat

SINGAPURA, 8 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan pemulihan berperingkat industri penerbangan dalam tempoh beberapa bulan, khususnya di rantau Teluk susulan perkembangan terkini konflik di Asia Barat.

AirAsia Tangguh Lindung Nilai Bahan Api, Fokus Kepada Peningkatan Permintaan

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — AirAsia tidak terlibat dalam lindung nilai bahan api walaupun merancang untuk berbuat demikian selepas kenaikan harga minyak dan kekangan kewangan menghalang keupayaan syarikat penerbangan itu untuk menjimatkan kos.

Harga Diesel Global Naik Susulan Kekangan Bekalan, Permintaan Yang Kukuh - Rystad Energy  

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.

Malaysia, China Ekonomi Berdaya Tahan Di Asia Ketika Ketidaktentuan Pasaran Tenaga 

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Malaysia dan China dilihat tampil sebagai ekonomi berdaya tahan di Asia dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran tenaga global yang semakin meningkat akibat konflik berterusan di Asia Barat.