BERITA TERKINI   Intitusi pondok dan tahfiz perlu lakukan penyesuaian termasuk kuasai teknologi digital dan AI - PM Anwar | Kerajaan lulus RM34.81 juta tahun ini untuk laksana 137 projek pembaikan kecil pondok dan tahfiz di seluruh negara - PM Anwar | 

Terdapat 31 berita berdasarkan kata kunci carian " bmi"

BMI Kekalkan Unjuran Harga Minyak Brent Pada US$68 Setong Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent pada purata tahunan US$68 setong bagi 2025 dan US$67 setong bagi 2026, turun daripada US$80 setong pada 2024.(US$1 = RM4.21).

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Berkembang 9.6 Peratus Pada 2025 - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) - Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang 9.6 peratus tahun ke tahun pada 2025, dipacu oleh sektor bangunan, kata BMI, anak syarikat Fitch Solutions.

Insentif Fiskal, Kawal Selia Kukuh CCUS Tingkat Daya Tarikan Pelaburan Malaysia - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) --Rangka kerja kawal selia Malaysia yang kukuh dan insentif fiskal bagi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) meningkatkan daya tarikan bagi pelaburan jangka pendek dan pembangunan projek di negara ini.

Ekuiti, Mata Wang Asia Berjaya Harungi Dengan Baik Cabaran Tarif AS - BMI

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, berkata ekuiti dan mata wang Asia berjaya mengharungi dengan baik kejutan tarif Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan masing-masing meningkat sebanyak 18 peratus dan tiga peratus sejak awal tahun. 

BMI Kekalkan Unjuran Positif Bagi Perbelanjaan Pengguna Di Malaysia Pada 2025, 2026

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran positifnya terhadap perbelanjaan pengguna di Malaysia bagi tempoh sepanjang 2025 dengan prospek makroekonomi negara yang sihat menjadi pemacu pertumbuhan sebenar dalam pendapatan isi rumah.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus Pada 2025 - BMI

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada 2025, menurut BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions.

Malaysia Terus Terajui Infrastruktur Digital Di Peringkat Serantau - BMI

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Unit Fitch Solutions, BMI menjangkakan Malaysia akan mengekalkan penerajunya sebagai hab untuk pelaburan infrastruktur digital di Asia Tenggara dengan Johor kekal sebagai destinasi utama untuk pelaburan pusat data.

BMI Kekalkan Unjuran Purata Harga Tahunan MSM RM4,150 Satu Tan Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjurannya bahawa purata harga tahunan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) yang disenaraikan di Bursa Malaysia diniagakan pada paras RM4,150 satu tan pada 2025.

OPEC+ Perlu Buat Keputusan Penting Pada Mesyuarat 5 Mei Ini - BMI

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) perlu membuat keputusan penting dalam mesyuarat akan datang pada 5 Mei, 2025, membabitkan penetapan paras pengeluaran minyak mentahnya bagi Jun.

BMI Jangka BNM Kekalkan OPR Sepanjang 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.

Malaysia Dijangka Pengeksport Penting Durian Segar Ke China - BMI

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi pengeksport penting durian segar ke China berikutan perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara pada tahun lepas, kata BMI.

Harga Minyak Mentah Tidak Menentu Berikutan Dasar Trump - BMI

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- BMI, syarikat Fitch Solutions menjangka harga minyak mentah mengalami ketidaktentuan yang ketara dalam tempoh beberapa minggu dan bulan akan datang berikutan pasaran mengambil kira impak dasar baharu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutama berkenaan langkah tarif.