Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian " b20"

Biodiesel Penampan Tambahan Keselamatan Tenaga, Bukan Lindung Nilai Kekal Terhadap Risiko Diesel Import

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Biodiesel perlu dilihat sebagai penampan tambahan kepada keselamatan tenaga berbanding lindung nilai yang kekal atau menyeluruh terhadap risiko diesel import, menurut CIMB Securities.

Program Biodiesel Negara Sedang Diperluas Kepada B20 Secara Berperingkat - KPK

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Program Biodiesel Negara sedang diperluaskan secara berperingkat kepada B20, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Kerajaan Beri Jaminan Tiada Isu Berkaitan Kesesuaian Penggunaan Biodiesel

PELABUHAN KLANG, 18 April (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada isu mengenai kesesuaian penggunaan biodiesel khususnya B20 susulan spesifikasi enjin kenderaan menyokong bahan api itu sejak 2020.

Biodiesel B15 Dilaksana Secara Berperingkat, Elak Ganggu Operasi Sedia Ada - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pelaksanaan kadar adunan biodiesel B15 akan dijalankan secara berperingkat untuk mengelak gangguan terhadap operasi industri sedia ada, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Akmal Nasrullah Lawat Premis Di Selangor Tinjau Pengadunan Biodiesel Sabtu Ini – Fahmi

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan mengadakan lawatan kerja ke sebuah premis di Selangor pada Sabtu ini bagi meninjau bahan asas yang digunakan dalam proses pengadunan biodiesel.

Krisis Tenaga Global Tingkat Daya Tarikan Minyak Sawit Malaysia Di Pasaran Asia -- Noraini 

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.

Biodiesel B100 Berpotensi Jadi Alternatif Strategik Tenaga Negara

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biodiesel B100 berasaskan sawit berpotensi menjadi alternatif strategik dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara khususnya dalam mengharungi ketidaktentuan bekalan bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Biotechnologies Sdn Bhd, Roziyatulshima Zamil.

Kerajaan Setuju Naikkan Adunan Biodiesel Kepada B15 Tanpa Kos Tambahan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat. 

Kerajaan Digesa Percepat Campuran Biodiesel Tinggi Bagi Program Biodiesel Nasional - MBA

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) menggesa kerajaan untuk mencontohi langkah proaktif yang diumumkan negara ASEAN lain dan mempercepat pelaksanaan penggunaan campuran biodiesel yang tinggi di seluruh negara melalui program biodiesel nasional bagi sektor pengangkutan dan perindustrian.

Harga MSM Dijangka Cecah RM4,350 Satu Tan Berikutan Bekalan Terhad - Hong Leong IB

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dijangka meningkat kepada RM4,350 satu tan, naik RM150 setiap tan berikutan keadaan bekalan jangka pendek yang lebih terhad, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

MPOB Dalam Usaha Perluas Penggunaan B20 Di KLIA -- KPK

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang berbincang dengan syarikat pengendali kenderaan darat dan pembekal minyak biodiesel B20 untuk mengadun bahan api itu dalam usaha memperluas penggunaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  

Malaysia Ada Lebih 4,100 Pusat Pengecasan EV Seluruh Negara - Fadillah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara bagi memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.