Unit BSN Umum Agihan Pendapatan RM4.1 Juta Untuk ASBSN
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dan interim sebanyak 1.60 sen seunit berjumlah RM4.1 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional Bhd (ASBSN) berkuat kuasa 30 Nov, 2024.