BERITA TERKINI   Rombakan Kabinet ikut kesesuaian portfolio, pengalaman masing-masing - Fahmi | Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri MITI - PM Anwar | Mohamad Alamin dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu - PM Anwar | Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang baharu- PM Anwar  | Liew Chin Tong dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang baharu - PM Anwar | 

Unit BSN Umum Agihan Pendapatan RM4.1 Juta Untuk ASBSN

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dan interim sebanyak 1.60 sen seunit berjumlah RM4.1 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional Bhd (ASBSN) berkuat kuasa 30 Nov, 2024.

PBSNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pengagihan itu bersamaan dengan hasil pembayaran 7.6 peratus.

“Setakat pada tahun ini, dana itu telah mencatatkan peningkatan modal sebanyak 10.6 peratus.

“ASBSN ditubuhkan untuk mencapai peningkatan modal jangka sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam pasaran ekuiti domestik selain daripada mencari peluang pendapatan melalui sekuriti memberi hasil tinggi dan instrumen untuk menjana hasil,” katanya.

-- BERNAMA