Terdapat 83 berita berdasarkan kata kunci carian " aliran dana"

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Untuk Minggu Keenam

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM377.2 juta, iaitu kira-kira 25 kali ganda lebih tinggi daripada RM15.0 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM15.0 juta, hampir sama dengan RM12.8 juta dicatatkan seminggu sebelumnya, kata MBSB Investment Bank Bhd.

Dana Asing Catat Aliran Masuk Bersih Selama Empat Minggu

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut walaupun aliran masuk asing bersih merosot kepada RM12.8 juta minggu lepas, menurun daripada RM510.9 juta pada minggu sebelumnya.

Pelabur Asing Catat Belian RM510 Juta Di Bursa, Aliran Masuk Dana Bagi Minggu Ketiga -- MBSB

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu ketiga berturut-turut pada minggu lepas dengan aliran masuk asing bersih sebanyak RM510 juta, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB).

Terbitan Bon Korporat Malaysia Dijangka Cecah RM130-140 Bilion Pada 2026 – RAM Ratings

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penerbitan bon korporat Malaysia diunjurkan mencecah antara RM130 bilion dan RM140 bilion pada 2026, kekal melebihi purata dalam sejarah RM122 bilion, kata RAM Ratings. 

Pelabur Asing Jual Ekuiti Asia Bernilai US$1.05 Bilion Pada Minggu Lepas -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing berstatus penjual bersih ekuiti Asia bagi minggu berakhir pada 2 Jan, 2026, dengan melepaskan pegangan bernilai US$1.05 bilion (US$1=RM4.06) merentasi lapan pasaran yang ditinjau oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Institusi Tempatan Kekal Pembeli Bersih Minggu Keenam Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM639.5 juta berbanding pelabur runcit tempatan yang merekodkan aliran keluar bersih minggu keempat berturut-turut berjumlah RM90.2 juta.

Institusi Tempatan Teruskan Aliran Belian Untuk Minggu Kelima

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM508.6 juta manakala peruncit tempatan mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM145.3 juta.

Pelabur Asing Terus Catat Belian Bersih Di Pasaran Asia

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan aliran belian bersih mereka di pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut bagi minggu berakhir 12 Dis 2025, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak US$949.8 juta.

Pelabur Asing Kembali Ke Bursa Malaysia, Catat Belian RM11.6 Juta Minggu Lepas - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri jualan bersih selama dua minggu berturut-turut di Bursa Malaysia apabila kembali semula sebagai pembeli bersih dengan pembelian bernilai RM11.6 juta.

Pasaran Asia Catat Jualan Asing Sebanyak US$1.17 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran bagi minggu berakhir 28 Nov 2025 dengan aliran keluar berjumlah US$1.17 bilion (US$1 = RM4.13), berkurangan kira-kira 5.8 kali berbanding minggu sebelumnya.