Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " suruhanjaya kredit pengguna"

RUU Kredit Pengguna 2025 Dilulus, SKP Selaras Landskap Kredit Pengguna Negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara.

SKP Akan Laksana Rangka Kerja Kawal Selia BNPL Secara Menyeluruh Dan Mampan - Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan melaksanakan rangka kerja kawal selia bagi skim 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) secara menyeluruh dan mampan bagi memastikan rakyat tidak terjerumus ke dalam kancah hutang, sekali gus membawa kepada peningkatan muflis.

Kerajaan Dicadang Tubuh Agensi Kepercayaan Kredit, Kawal Selia Kelayakan Peminjam Wang

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan disyor untuk menubuhkan sebuah agensi kepercayaan kredit atau kredit skor bagi mengawal selia kelayakan pengguna untuk membuat pinjaman wang.

Jumlah Transaksi BNPL Meningkat Kepada 102.6 Juta Pada Separuh Pertama 2025 - Lim

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Jumlah bilangan transaksi 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) meningkat kepada 102.6 juta transaksi pada separuh pertama tahun ini daripada 83.8 juta transaksi pada separuh kedua 2024. 

Risiko BNPL Kekal Terkawal - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Jumlah hutang terkumpul skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) kekal sebagai sebahagian kecil daripada keseluruhan hutang isi rumah iaitu sebanyak RM2.8 bilion atau 0.2 peratus daripada jumlah hutang isi rumah setakat Disember 2024.

Transaksi 'Beli Dulu, Bayar Kemudian' Naik Ketara Kepada RM7.1 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lepas.

Akta Kredit Pengguna Akan Kawal Penyedia Kredit Bukan Bank Dan Perkhidmatan Kredit -- BNM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang akan menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.