Gamuda Meterai Perjanjian Bernilai RM1.46 Bilion Jual Tanah, Bina Pusat Data
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd (DCI), telah memeterai dua kontrak membabitkan penjualan tanah seluas 157.42 hektar pada harga RM455.23 juta dan melaksanakan kerja-kerja bernilai RM1.01 bilion dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd.