KLSICCI Gesa Peluasan SST Bersasar, Berperingkat Bagi Lindungi PMKS, Kumpulan B40
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) menggesa kerajaan untuk mengguna pakai pendekatan strategik, inklusif dan secara berperingkat dalam peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengelak beban yang tidak diingini ke atas kumpulan yang mudah terjejas serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).