Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " merdeka 118"

Izwan Hasli Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Baharu

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), pemaju kawasan Merdeka 118 di Kuala Lumpur melantik Datuk Ir Ts Izwan Hasli Mohd Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Jan, 2026.

PNB Merdeka Ventures Terbit Sukuk Lestari Korporat Terbesar Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.

Kejayaan Sidang ASEAN Serlah Kemampuan Penjenamaan, Keseimbangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sudah melabuhkan tirai, terbukti menyerlahkan Malaysia dalam pelbagai perspektif daripada sekadar menjadi pentas diplomatik.

PNB Lancar Laporan Bagi Lonjak Pendapatan Pekebun Kecil Sawit Persendirian

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Cabang penyelidikan dan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Research Institute Sdn Bhd (PNBRI), hari ini melancarkan laporan bertajuk “Realiti dan Prospek Kelestarian dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit di Malaysia” yang menekankan cabaran semasa dan akan datang dalam amalan kelestarian.

Rawat Mercu Tanda Warisan Negara: Kebanggaan 'Doktor Bangunan'

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Mercu tanda ikonik negara daripada menara jam Bangunan Sultan Abdul Samad hinggalah kepada Menara Berkembar Petronas dan yang terkini Merdeka 118 sudah pastinya menjadi satu kebanggaan bagi setiap rakyat Malaysia. 

PNB Merdeka Ventures Cadang Program Sukuk RM6 Bilion Untuk Pembangunan Merdeka 118

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) mencadangkan terbit program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) (Program Sukuk Wakalah Merdeka) dengan nilai nominal sehingga RM6 bilion.

Finland Berhasrat Memperdalam Hubungan Perdagangan Dengan Malaysia

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, May 21 (Bernama) -- Finland berhasrat untuk memperdalam hubungan ekonomi dengan Malaysia, memfokuskan kepada ekonomi kitaran, penyelesaian tenaga mampan dan pintar, pendigitalan dan semikonduktor bagi merancakkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini.

Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN Bincang Integrasi Kewangan Serantau

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Para menteri kewangan ASEAN hari ini mula sibuk dengan usaha untuk mewujudkan prasyarat dan inisiatif yang diperlukan bagi memperkukuh integrasi kewangan lebih-lebih lagi susulan tarif yang menjejaskan semua negara anggota.

PNB Umum Agihan Pendapatan 5.75 Sen Seunit, Bayar Agihan Pendapatan Berjumlah RM10.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.