Kerajaan Kumpul Data Perhutanan Negeri Untuk Diserah Kepada FAO Tahun Depan – Johari
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang mengumpul data perhutanan daripada semua kerajaan negeri untuk diserahkan sebagai maklumat terkini kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada tahun depan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.