4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kelewatan dalam pengeluaran pesawat dan alat ganti baharu dianggarkan menelan kos melebihi US$11 bilion (US$1=RM4.22) kepada industri penerbangan pada 2025, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
17hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berharap Belanjawan 2026 akan mengemukakan langkah bagi memperkukuh industri penerbangan Malaysia yang menekankan peranannya sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara dan sektor pelancongan.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan pihak berkepentingan dalam pasaran karbon menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu bekalan kredit karbon terhad yang disediakan kepada syarikat penerbangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Jumlah permintaan untuk kargo udara, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), melonjak sebanyak 5.5 peratus dari tahun ke tahun (YOY) untuk Julai 2025 berbanding 0.6 peratus yang dicatatkan semasa bulan sebelumnya, mencerminkan pemulihan dalam pasaran kargo di tengah-tengah perang perdagangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melaporkan perjalanan udara kelas premium antarabangsa iaitu kelas perniagaan dan kelas pertama melonjak sebanyak 11.8 peratus pada 2024.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) merekodkan peningkatan 2.6 peratus dalam jumlah permintaan penumpang global bagi Jun 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Permintaan industri kargo udara, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), meningkat 0.8 peratus dari tahun ke tahun menjelang Jun 2025, turun berbanding 2.2 peratus pada Mei, mencerminkan ketidakpastian yang berterusan dalam pasaran kargo di tengah-tengah ketegangan perdagangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air berjaya memperbaharui pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) yang dikeluarkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sah sehingga 3 Jun, 2027.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan memberi risiko paling ketara kepada prospek industri penerbangan, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Permintaan penumpang udara global meningkat sebanyak 3.3 peratus pada Mac 2025 daripada 2.7 peratus yang dilaporkan pada Februari, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk melaksanakan rangka kerja dasar bagi mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF), dengan alasan bahawa jumlah SAF masih jauh di bawah paras ideal selain kos pengeluarannya yang masih tinggi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah melancarkan Daftar Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).