Ant International Jangka Malaysia Antara Pasaran Pertumbuhan Utama Asia Tenggara
Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid
BANGKOK, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dilihat antara pasaran pertumbuhan utama Ant International di Asia Tenggara, disokong oleh penerimagunaan pembayaran digital yang pesat, pertumbuhan transaksi rentas sempadan yang kukuh dan kerjasama erat dengan rakan kongsi tempatan, kata penyedia perkhidmatan pembayaran dan kewangan digital yang beribu pejabat di Singapura, Ant International.