Terdapat 1148 berita berdasarkan kata kunci carian "tekanan"

Kadar Inflasi Dijangka Antara 2.0 Peratus Dan 2.3 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank pelaburan menjangkakan inflasi keseluruhan akan berada dalam julat antara 2.0 peratus dan 2.3 peratus tahun ke tahun (yoy) untuk baki tahun 2024.

Sasaran Defisit Fiskal Malaysia Tiga Peratus Menjelang 2026 Mencabar Tetapi Boleh Dicapai - MARC

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menyifatkan sasaran defisit fiskal Malaysia sebanyak tiga peratus menjelang 2026 adalah “kekal mencabar tetapi boleh dicapai”. 

Belanjawan 2025: Tera Minta Kuota SolaRIS Dilanjutkan, Liberalisasi Grid Berperingkat

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh BM Greentech Bhd, Tera VA Sdn Bhd berharap kerajaan melanjutkan program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) dan Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) dengan tambahan selama dua tahun dalam Bajet 2025 yang dijadual dibentangkan 18 Oktober ini.

FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pasaran Menjelang Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Belanjawan 2025: BIMB Securities Jangka Defisit Fiskal Malaysia Rendah Pada 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025. 

Kemajuan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Perlu Disemak Seiring Pertumbuhan Ekonomi - Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat disebabkan meningkatnya kebimbangan terhadap permintaan yang lemah untuk komoditi itu, kata seorang peniaga.